HePiLIGoDigital@DELIMa
Pengenalan:
-
HePiLI Go Digital merupakan projek kerjasama di antara Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tujuan utama adalah untuk:
- Meningkatkan literasi kesihatan dengan mendidik dan memperkasa warga di Institusi Pendidikan secara meluas dan menyeluruh untuk pembudayaan hidup sihat
- Menyokong inisiatif HePiLI Go Digital untuk menyediakan akses yang mudah dan pantas (one click away) kepada kumpulan sasar utama HePiLI iaitu warga di Institusi Pendidikan untuk mendapatkan maklumat, bahan pendidikan, mesej serta aktiviti dan program berkaitan kesihatan secara atas talian.
-
Portal DELIMa merupakan satu pelantar pembelajaran digital yang dibangunkan oleh KPM pada tahun 2019.
- Portal DELIMa menggunakan rangkaian perkhidmatan yang disediakan oleh Google Workspace for Education termasuklah Bilik Darjah Google atau Google Classroom (GC) sebagai aplikasi utama.
Kandungan Google Site HePiLI dalam Portal DELIMA, KPM
Topik Pendidikan kesihatan yang menyentuh kandungan berbeza disentuh dalam dua (2) kumpulan sasaran iaitu:
- Sekolah Rendah
- Kebersihan Diri
- Kebersihan Persekitaran
- Aktif Setiap Hari
- Makan Secara Sihat dan Selamat
- Minda Sihat
- IMFree – Tak Nak Merokok
- Sekolah Menengah
- Kebersihan Diri
- Kebersihan Persekitaran
- Aktif Setiap Hari
- Makan Secara Sihat dan Selamat
- Minda Sihat & Resilien
- Tak Nak Merokok
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari https://hepili.moe-dl.edu.my/.