Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporannya Total Environment Assessment Model yang diterbitkan pada tahun 2007 banyak memperkatakan mengenai kepentingan intervensi awal kepada kanak-kanak. Antaranya ialah

Healthy early child development which includes the physical, social, emotional, language and cognitive domain of developments each equally important – strongly influences well-being, obesity/stunting, mental health, heart disease and other health conditions. What happens to the child in the early years is critical for the child’s developmental trajectory and lifecourse” dan “...investment in early childhood is the most powerful investment a country can make, with returns over the lifecourse many times the size of the original investment.

Banyak kajian juga mendapati bahawa pengalaman dan pengajaran berkaitan kesihatan di peringkat awal kanak-kanak adalah peramal kepada tingkah laku cara hidup sihat ketika dewasa (Natsiopoulu T, 2010). Menyedari hakikat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) telah menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam melaksanakan Program Tunas Doktor Muda.

Melalui program ini, kanak-kanak di usia 5 dan 6 tahun dididik dan diasuh dengan kemahiran yang sesuai seperti menjaga kebersihan diri, pemakanan sihat dan selamat, senaman dan aktiviti fizikal, menjaga kesihatan persekitaran dan minda sihat. Antara kemahiran yang diberi penekanan ialah langkah-langkah mencuci tangan dengan betul. Program ini selaras dengan Standard Kurikulum Prasekolah sedia ada oleh KPM.

Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerjasama dalam pembangunan dan pelaksanaan program ini. Sumbangan dan komitmen semua amat dihargai dan adalah diharapkan kerjasama baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Oktober 2014