Objektif Umum

Objektif utama program ini dijalankan adalah bagi membendung atau mencegah pelajar sekolah rendah daripada terlibat dengan aktiviti merokok.

Objektif Khusus

a) Memupuk persepsi negatif terhadap tingkahlaku merokok dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah.
b) Membina personaliti yang positif terhadap kanak-kanak sekolah rendah bagi menyatakan hak mereka untuk bebas daripada asap rokok.
c) Memupuk nilai saling ingat-mengingati antara satu sama lain terhadap bahaya dan kesan kepada tingkahlaku merokok.
d) Meningkatkan ilmu kanak-kanak sekolah rendah terhadap isu-isu kesihatan secara tidak langsung melalui :

i.Penyampaian maklumat yang berkesan.
ii. Kecekapan sumber manusia.
iii. Pengaruh sosial.
iv. Kombinasi pengaruh sosial dan kecekapan.
v. Program multi-model

Skop IMFree adalah bermandukan Garis Panduan Pelaksanaan Program IMFree dan Buku Lembaran Kerja IMFree diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2015 merangkumi skop seperti berikut:

Skop 1 : Apa itu rokok?
Skop 2 : Mengapa seseorang itu merokok?
Skop 3 : Perokok pasif
Skop 4 : Kandungan racun dalam rokok
Skop 5 : Bahaya rokok kepada tubuh badan
Skop 6 : Faedah tidak merokok