Setiap murid faham dan mengambil tindakan secara rasional dan beremosi yang tenang serta mengelak daripada pengaruh negatif dalam menjaga diri dan menjadi generasi sihat tanpa asap rokok dan bebas daripada pengaruh negatif tabiat merokok.

Latar Belakang

Program IMFree merupakan satu program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah (tahun 1 hingga 6) berumur 7 hingga 12 tahun di sekolah rendah bantuan penuh kerajaan (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil). Komponen IMFree juda dilaksanakan di pra sekolah melalui sisipan dalam Program Tunas Doktor Muda diseluruh Negara melibatkan 140 buah sekolah dan seramai 560 orang guru (Jurulatih Utama). Program ini merupakan usahasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mencapai Pelan Strategik Kawalan Tembakau 2015 -2020 dan sasaran Global NCD Target by 2025 iaitu mensasarkan 9 indikator dan salah satu indikator adalah melalui strategi P: Melindungi golongan merokok dari bahaya asap rokok iaitu dengan memperkasakan masyarakat membudayakan amalan tidak merokok (denormalised smoking habit).

Matlamat

Mencapai generasi bebas amalan merokok menjelang tahun 2025