Definisi Aktiviti Fizikal dan Cara Hidup Sedentari Tidak Aktif

Aktiviti fizikal bermaksud semua jenis pergerakan anggota tubuh badan yang disebabkan oleh pergerakan otot. Perkara ini menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga berlebihan ketika tubuh badan berehat.
Cara hidup sedentari tidak aktif pula merujuk kepada keadaan seseorang yang tidak aktif, kurang melakukan aktiviti fizikal seperti menonton televisyen dan duduk dalam tempoh masa yang lama (melebihi 2 jam).




                                                                                            Definisi Aktiviti Fizikal dan Cara Hidup Sedentari Tidak Aktif





Kepentingan Melakukan Aktiviti Fizikal


  • Menjadi cergas dan cerdas
  • Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah                                       
  • Mengawal berat badan
  • Meningkatkan stamina
  • Menguatkan otot, tulang dan sendi
  • Meningkatkan kelenturan dan kecekapan gerakan badan
  • Mengurangkan stres
  • Membantu mendapatkan tidur yang nyenyak
  • Memperbaiki postur badan
  • Menjadi lebih ceria dan meningkatkan ketrampilan diri



Cara Melakukan Aktiviti Fizikal dengan Betul

  • Memakai  pakaian yang bersesuai mengikut jenis aktiviti fizikal
  • Pemilihan kasut mengikut jenis aktiviti fizikal seperti kasut berlari, kasut mendaki, kasut menari dan kasut bola
  • Elakkan melakukan aktiviti fizikal pada waktu panas/hujan
  • Pilih jenis aktiviti mengikut kebolehan dan kemampuan
  • Berhenti melakukan aktiviti jika merasa sesak nafas/pening/loya/muntah
  • Melakukan aktiviti secara ansur maju (progression)
  • Melakukan senaman regangan sebelum dan selepas aktiviti fizikal
  • Minum air kosong secukupnya (6-8 gelas sehari)




Perkara yang boleh dan tidak boleh semasa bersenam

Boleh

  1. Pakailah kasut dan pakaian yang sesuai untuk bersenam
  2. Minum air kosong secukupnya
  3. Pastikan warm-up dan cool-down dilakukan sebelum dan selepas bersenam
  4. Lakukan senaman di tempat yang mempunyai permukaan yang rata, lembut dan tidak berlubang / berlopak
  5. Berhenti segera daripada aktiviti sekiranya terasa sesak nafas, sakit dada atau pening

Tidak Boleh

  1. Jangan bersenam di bawah cuaca yang terlalu panas bagi mengelakkan dehidrasi dan heat stroke
  2. Jangan bersenam semasa demam
  3. Jangan bersenam dalam tempoh 2 jam selepas makan
  4. Elakkan minum minuman berkafein semasa bersenam
  5. Elakkan bersenam dalam cuaca hujan yang disertai dengan ribut petir
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2024 Bahagian Pendidikan Malaysia
TOP