Program Promosi Kesihatan di Institusi Pendidikan (HePiLI) atau Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI) telah diperkenalkan pada tahun 2018 bagi menyelaras pelaksanaan program promosi kesihatan yang melibatkan institusi pendidikan di bawah satu payung yang sama.
Program ini merangkumi pelaksanaan promosi dan pendidikan kesihatan bermula daripada prasekolah dan tabika sehingga ke institusi pendidikan tinggi.
HePiLI bertujuan untuk membentuk generasi yang sihat melalui pendedahan awal kepada pengetahuan, kemahiran, sikap dan amalan kesihatan yang positif. Usaha ini dilaksanakan secara berterusan mengikut kesesuaian peringkat umur dan tahap pendidikan bagi memastikan pembudayaan hidup sihat dalam kalangan kumpulan sasar.
Program yang dilaksanakan di bawah HePiLI adalah seperti berikut:
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-