PROGRAM SISWA SIHAT (PROSIS)

Pengenalan:

Program Siswa Sihat (PROSIS) merupakan satu kolaborasi bijak Kementerian Kesihatan Malaysia bersama-sama Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasa pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam pembudayaan hidup sihat. Program ini telah bermula sebagai projek rintis pada tahun 2011 di beberapa Universiti Awam yang terpilih.

Pelaksanaan PROSIS di IPT menyokong Teras 3 Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS): Kawalan Kesihatan Kendiri dalam usaha untuk melahirkan generasi yang celik kesihatan dengan memupuk sikap kesukarelawanan dan semangat kerjasama.

Sehingga Disember 2025, 120 Institusi Pendidikan Tinggi yang meliputi Universiti Awam, Politeknik, Institut Pendidikan Guru, Kolej Komuniti, Universiti/Kolej Swasta dan Matrikulasi telah melaksanakan PROSIS.


Konsep:

Pendekatan rakan sebaya yang berkonsepkan ‘Dari Siswa, Melalui Siswa, Untuk Siswa’


Objektif:

Meningkatkan literasi kesihatan dan memberi kemahiran kesihatan kepada pelajar IPT dalam pembudayaan hidup sihat yang meliputi 6 skop kesihatan.

i. Penampilan Diri

ii. Kebersihan Persekitaran

iii. Makan Sihat dan Selamat

iv. Aktiviti Fizikal

v. Minda Sihat

vi. Tingkah Laku Berisiko


Tema:

"Siswa Sihat, Siswa Cergas".



Pakej HePiLI IPT PROSIS



Sila klik sini untuk akses Pakej HePiLI IPT PROSIS


Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2024 Bahagian Pendidikan Malaysia
TOP