Pengenalan HePiLI
Program Promosi Kesihatan di Institusi Pendidikan atau Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI) telah diperkenalkan pada tahun 2018.
Program HePiLI dilaksanakan seawal peringkat prasekolah/tabika sehingga institusi pendidikan tinggi bertujuan meningkatkan literasi kesihatan dan memberi kemahiran kesihatan dalam pembudayaan hidup sihat bagi melahirkan generasi yang sihat.
Berikut adalah program HePiLI:
- Program Tunas Doktor Muda (TDM) untuk kanak-kanak Prasekolah dan Tabika
- Program Doktor Muda (KDM) untuk murid tahun 4,5 dan 6 bagi sekolah rendah dan semua murid sekolah menengah
- Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) untuk murid tingkatan 1 sekolah menengah
- Program Siswa Sihat (PROSIS) untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Tekan untuk akses Coffee Table Book
Versi PDF | Versi e-Book