IMFree

Pengenalan:

IMFree merupakan satu program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah di seluruh Negara. Komponen IMFree juga dilaksanakan di prasekolah melalui sisipan dalam Program Tunas Doktor Muda di seluruh negara.

Bagaimana ia bermula?

2014:Mesyuarat melibatkan KKM dan KPM bagi pembentukan dan pelaksanaan program Tak Nak Merokok kepada kanak-kanak dan murid sekolah.
2015:Training of Trainers (TOT) Peringkat Kebangsaan kepada guru IMFree sekolah rintis.
2016:Pelaksanaan di 36 buah sekolah rintis di seluruh Negara.
2017:Pelancaran Program IMFree di SK Sg Pinang, Balik pulau, Pulau Pinang.


Objektif:

  • Memberi pengetahuan tentang bahaya merokok.
  • Memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok.
  • Melatih murid sebagai agen / pencetus / penyampai maklumat perubahan kepada rakan dan keluarga terhadap bahaya merokok.


Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 20224 Bahagian Pendidikan Malaysia
TOP