Pengenalan HePiLI
Program Promosi Kesihatan di Institusi Pendidikan atau Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI) telah diperkenalkan pada tahun 2018 di mana semua program yang melibatkan institusi pendidikan telah diletakkan di bawah sektor yang sama. Program HePiLI dilaksanakan seawal peringkat prasekolah/tabika sehingga institusi pengajian tinggi bertujuan mendedahkan generasi muda dengan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan, membentuk sikap serta amalan kesihatan yang baik.
Berikut adalah program HePiLI:
- Program Tunas Doktor Muda (TDM) untuk kanak-kanak Prasekolah dan Tabika
- Program Doktor Muda (KDM) untuk murid tahun 4,5 dan 6 bagi sekolah rendah dan semua murid sekolah menengah
- Program IMFree untuk murid sekolah rendah
- Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) untuk murid tingkatan 1 sekolah menengah
- Program Siswa Sihat (PROSIS) untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi
Tekan untuk akses Coffee Table Book
Versi PDF | Versi e-Book