Program Doktor Muda

Pengenalan:

Program Doktor Muda merupakan program pemerkasaan murid sekolah yang berperanan sebagai pembimbing rakan sebaya bagi mempromosikan cara hidup sihat kepada rakan sebaya, warga sekolah, dan ahli keluarga.


Evolusi Kelab Doktor Muda

1989:Program Doktor Muda mula diperkenalkan di SK Seri Biram, Pahang.
2006:Diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.
2013:Perluasan Kelab Doktor Muda ke Sekolah Menengah.
2015:Pelaksanaan Kelab Doktor Muda pendidikan khas integrasi.
2016:Pelaksanaan Kelab Doktor Muda di sekolah Murid Orang Asli.


Objektif:

  • Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.
  • Menggalak ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak.
  • Memperkukuh penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan murid.
  • Mempertingkat kerjasama amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah dan menengah.


Aktiviti Kelab Doktor Muda:

  • Menyampaikan maklumat kesihatan kepada rakan sebaya, warga sekolah dan ibu bapa.
  • Membimbing ke arah cara hidup sihat.
  • Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.
  • Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah.
  • Pemberitahuan kejadian penyakit / masalah kesihatan.
  • Merawat kecederaan ringan.
  • Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan.


Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 20224 Bahagian Pendidikan Malaysia
TOP