slider
slider
slider
slider
slider
slider
slider

TERKINI

  • Alami pengalaman pendidikan kesihatan terkini dengan Permainan Edu-Game HePiLI.  Main sambil belajar pelbagai ilmu pendidikan kesihatan yang baik untuk diri anda. 

Program Health Promotion In Learning Institution

Pengenalan HePiLI

Program Promosi Kesihatan di Institusi Pendidikan atau Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI) telah diperkenalkan pada tahun 2018 di mana semua program yang melibatkan institusi pendidikan telah diletakkan di bawah sektor yang sama. Program-program HePiLI dilaksanakan seawal peringkat prasekolah/tabika sehingga institusi pengajian tinggi bertujuan mendedahkan generasi muda dengan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan, membentuk sikap serta amalan kesihatan yang baik.

Berikut adalah program-program di bawah HePiLI:

  • Program Tunas Doktor Muda (TDM) untuk kanak-kanak Prasekolah dan Tabika
  • Program Doktor Muda (KDM) untuk murid tahun 4,5 dan 6 bagi sekolah rendah dan semua murid sekolah menengah
  • Program IMFree untuk murid sekolah rendah
  • Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) untuk murid tingkatan 1 sekolah menengah
  • Program Siswa Sihat (PROSIS) untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Infografik Kesihatan HePiLI

Berikut adalah infografik berkaitan kesihatan daripada HePiLI:

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 20224 Bahagian Pendidikan Malaysia
TOP