Pengenalan:
Program Siswa Sihat (PROSIS) merupakan satu kolaborasi bijak Kementerian Kesihatan Malaysia bersama-sama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasakan siswa siswi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pembudayaan hidup sihat. Program ini telah bermula sebagai projek rintis pada tahun 2011 di beberapa Universiti Awam yang terpilih sahaja namun kini telah diperluaskan ke Kolej Komuniti, Politeknik, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru. Sehingga Januari 2021, sebanyak 73 buah IPT telah menubuhkan PROSIS.
Perjalanan PROSIS:
2011: | Mula dilaksanakan secara rintis di 4 IPT :
|
2012: | Perluasan ke universiti-universiti awam. |
2016: | Perluasan ke university swasta, kolej matrikulasi, politeknik, kolej komuniti, dan institusi perguruan. |
Konsep:
Pendekatan rakan sebaya yang berkonsepkan ‘Dari Siswa, Melalui Siswa, Untuk Siswa’
Objektif:
Membudayakan amalan cara hidup sihat dalam kalangan siswa siswi IPT yang meliputi makan secara sihat, lakukan aktiviti fizikal, tidak merokok, pupuk minda sihat dan sihat tanpa alkohol.
Tema:
"Siswa Sihat, Siswa Cergas".
Senarai IPT Yang Telah Menubuhkan PROSIS:
Modul PROSIS
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-