Kebersihan diri adalah satu amalan menjaga kebersihan tubuh badan secara berterusan

7 Langkah Mencuci Tangan yang Efektif

Basahkan tangan dan ratakan dengan cecair pencuci tangan secukupnya
Gosok bahagian tapak tangan
Gosok setiap jari dan celah jari
Gosok kuku di tapak tangan
Gosok belakang tangan
Bilas dengan air yang bersih secukupnya
Keringkan tangan dengan tuala bersih

Langkah Mencuci Rambut

Letakkan syampu sebesar duit syiling 20 sen ke atas tapak tangan
Gosok syampu di tapak tangan dahulu sebelum disapu ke rambut
Gunakan jari dan ratakan syamfu dari rambut hingga ke kulit kepala
 
Bilas sehingga tiada buih
 
Keringkan rambut dengan tuala yang bersih
 

Langkah Memberus Gigi dengan Betul

Mulakan dengan meletakkan bulu berus gigi pada permukaan luar gigi geraham belakang
Buat gerakan membulat meliputi permukaan gigi dan gusi sebanyak 8-10 kali
Ulangi pergerakan yang sama di gigi hadapan dan bahagian lain
Berus bahagian dalam gigi rahang bawah dengan gerakan membulat meliputi permukaan gigi dan gusi
Gunakan hujung berus untuk memberus bahagian dalam gigi hadapan rahang bawah dengan gerakan membulat
Berus permukaan gigi pada rahang bawah yang digunakan untuk mengunyah dengan gerakan ke depan dan ke belakang
Ulang langkah 4 hingga 6 bagi rahang atas
Berus lidah dengan gerakan dari dalam ke luar

Etika Batuk dan Bersin dengan Betul

Palingkan muka daripada orang lain & makanan
Tutup hidung & mulut anda dengan tisu/ sapu tangan ketika batuk / bersin
BUANGKAN TISU KE DALAM BAKUL SAMPAH
Jangan berkongsi sapu tangan atau tisu dengan orang lain
Elakkan menyentuh muka, hidung atau mulut sebelum mencuci tangan

Bau Badan

Fisiologi alam remaja dan bau badan

Pertumbuhan pembesaran remaja menyebabkan peningkatan penghasilan peluh dan ini akan menyebabkan peningkatan bau badan terutama ketiak

Teknik-teknik mencegah bau badan

• Mandi dengan lebih kerap setiap hari dan menggunakan sabun mandian
• Memakai pakaian yang bersih daripada jenis kain kapas dan menukar pakaian sekiranya berpeluh atau basah
• Menggunakan deodorant atau pewangi badan yang sesuai
• Gunakan antiperspirant (bahan kimia yang mengeringkan peluh) untuk mengeringkan ketiak

Kepentingan memakai pakaian yang bersih

• Untuk kebersihan dan imej diri
• Untuk mengelak pembiakan pelbagai jenis kuman yang boleh menyebabkan penyakit kulit, anda perlu menukar pakaian setiap hari
• Pilih pakaian dalam dari jenis kapas

Makanan dan bau badan

• Bagi mengurangkan bau badan, anda perlu mengelakkan makan makanan yang boleh menyebabkan bau badan
• Makan makanan pedas dan berempah secara berlebihan boleh merangsang pengeluaran bahan kimia (gas sulfur) yang kemudian dikeluarkan daripada badan melalui liang-liang peluh dan paru-paru. Ini menyebabkan bau badan dan mulut.
Contoh : bawang putih, bawang merah dan kari

Penjagaan Kesihatan Pergigian

Masalah Pergigian – Rawatan & Pencegahan

Amalan Gaya Hidup Sihat

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian di Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 20224 Bahagian Pendidikan Malaysia
TOP