3R adalah amalan mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula untuk mengurangkan janaan sisa pepejal ke tapak pelupusan
Konsep
1. Reduce (Kurangkan)
• Pengurangan kuantiti sisa yang dijana di punca
• Pengurangan penggunaan sumber semula jadi
2. Reuse (Guna Semula)
• Penggunaan semula barangan berulang kali agar tidak dibuang
• Penggunaan barang secara konvensional atau kreatif
3. Recycle (Kitar Semula)
• Mengitar semula sisa supaya dapat dijadikan bahan baharu
• Sisa kitar semula boleh dijual bagi menambah pendapatan "Trash to Cash"
• Simbol antarabangsa kitar semula adalah 'Mobius Loop'
• Hadkan bajet pembelian
• Beli bila perlu
• Amalkan konsep FIFO -First In, First Out untuk elak makanan rosak
• Habiskan makanan yang diambil
• Bawa beg guna semula untuk elak guna beg plastik
• Bawa bekas makanan dan bekas minuman sendiri
• Elak guna polisterina
• Ganti pembalut plastik (plastic wrap) kepada tudung saji atau bekas berpenutup
• Guna kedua-dua belah muka surat kertas
• Tukar cetakan bil kepada e-billing
• Tukar katalog langganan kepada promosi melalui email
• Kurangkan penggunaan mesin cetak dan mesin faks
• Sesuatu barangan yang digunakan semula bagi tujuan asal barangan tersebut dihasilkan
• Contoh : Isi semula air minuman dalam botol mineral yang telah digunakan
• Elemen kreativiti dimasukkan dalam barangan yang terpakai bagi meningkatkan nilai barangan tersebut
• Contoh : Membuat arca daripada barangan terbuang
• Menyelamatkan sebahagian daripada barangan terbuang / lama / usang untuk diguna semula sebagai bahan baharu
• Contoh : Mengambil bahagian kerangka pintu rumah yang akan diroboh untuk diguna semula di bangunan yang sedang dibina
• Menyesuaikan sesuatu barangan terpakai untuk tujuan dan fungsi yang lain
• Contoh : Bekas tin biskut yang telah kosong dijadikan bekas untuk menyimpan peralatan menjahit
• Proses membaik pulih dan mengubahsuai sesuatu barangan yang tidak dikehendaki atau rosak untuk menjadikannya kembali berfungsi
• Contoh : Baik pulih dan ubah suai perabot lama seperti sofa, meja makan yang telah rosak agar berwajah baharu dan berfungsi
• Asingkan antara sisa baki dan sisa kitar semula
• Kenal pasti jenis sisa kitar semula dan asingkan mengikut kategori plastik, kertas dan lain-lain
• Sisa kitar semula yang telah dikumpul boleh:
• Diletakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan; atau
• Dihantar dan dijual kepada pusat kitar semula berhampiran
• Kenal pasti sisa sama ada boleh dikitar semula atau tidak
• Sisa kitar semula diletakkan ke dalam tong kitar semula berhampiran
• Sekiranya tidak terdapat tong kitar semula, simpan sisa kitar semula untuk diasingkan di rumah
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-