Kenali Ubat Anda Versi Kanak-kanak
Ubat bukan gula-gula. Kanak-kanak tidak boleh ambil ubat dengan sendiri. Ambil ubat hanya apabila diberi oleh ibu bapa atau penjaga sahaja.
Pemberian Ubat Kepada Kanak-kanak
Pemberian ubat kepada kanak-kanak memerlukan teknik yang betul. Gunakan peralatan yang sesuai untuk menyukat ubat bagi memastikan dos yang tepat kepada kanak-kanak. Kesilapan dalam pemberian ubat-ubatan kepada kanak-kanak boleh menyebabkan kemudaratan.
Pengambilan Ubat yang Betul (kanak-kanak)
Pengambilan ubat oleh kanak-kanak dengan menggunakan alat penyukat yang betul dapat memastikan dos ubat adalah tepat. Jangan gunakan sudu teh atau sudu makan kerana sukatannya adalah tidak tepat.
Vaksin
Vaksin adalah penting untuk mencegah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus atau bakteria. Vaksin dapat mencegah penyakit cegahan vaksin bagi mengelakkan komplikasi jangkitan yang boleh mengancam nyawa.
Kenali Ubat Anda (Lagu)
Lagu Kenali Ubat Anda adalah lagu dengan konsep 5 Betul (5B) bagi membantu pendengar mengambil ubat dengan betul.
Buku Mewarna Adik-Adik
Buku Mewarna Kapten Kap Kenali Ubat Anda
Perlu dicetak sebelum aktiviti dijalankan. Aktiviti mewarna sambil belajar untuk mengenal ubat.
Buku Aktiviti Kenali Ubat Anda
Perlu dicetak sebelum aktiviti dijalankan. Aktiviti menarik sambil mengenal ubat.
Pendidikan Awal untuk Kanak-kanak Berkenaan Ubat
Kanak-kanak perlu mengambil tahu tentang ubat-ubatan mengikut kesesuaian dan tahap kefahaman kanak-kanak. Pendedahan awal berkaitan ubat-ubatan boleh mengelakkan berlakunya risiko keracunan ubat-ubatan akibat kesilapan pengubatan.
Semudah ABC
Mengambil ubat-ubatan adalah semudah ABC. A untuk ‘amalkan baca label ubat’, B untuk ‘biasakan ambil ubat pada masa yang sama’ dan C untuk ‘contohi amalan pengambilan ubat yang betul’.
Jom Kenal Kuman dan Ubatnya
Terdapat pelbagai jenis kuman seperti bakteria, virus, kulat dan parasit. Setiap jangkitan kuman memerlukan ubat yang berbeza dan spesifik untuk merawat jangkitan tersebut.
Sentiasa Ingat
Ambil ubat yang betul mengikut dos dan kekerapan yang diarahkan. Pastikan cara dan masa pengambilan ubat yang betul.
Bentuk Dos Ubat
Terdapat pelbagai jenis bentuk dos ubat di pasaran. Kenali bentuk dos ubat yang kerap diberikan kepada kanak-kanak.
Gunakan Peralatan yang Betul
Jangan gunakan sudu makan atau sudu teh untuk menyukat ubat yang akan diberikan kepada kanak-kanak. Sebaliknya, gunakan peralatan yang betul seperti picagari atau cawan bersukat agar dos yang diberikan adalah tepat.
5 Langkah Mengambil Ubat dengan Betul
Sebelum mengambil ubat, baca dan fahami label ubat dahulu. Ubat perlu disukat dengan betul agar dos yang tepat dapat diberikan kepada kanak-kanak.
Ubat Bukan Gula-gula
Ingat, ubat bukan gula-gula. Sentiasa simpan ubat di tempat yang tinggi dan selamat, jauh dari capaian kanak-kanak.
Penggunaan Ubat yang Selamat untuk Kanak-kanak
Jika mengambil ubat, kanak-kanak perlu tahu nama dan kegunaan ubat tersebut. Selain itu, ambil tahu tentang dos dan kekerapan pengambilan ubat tersebut.
Laughter is the Best Medicine
Laughter is the best medicine. But if you laugh for no reason, you need medicine. Share this and make someone laugh!
Apakah itu Antibiotik?
Antibiotik adalah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan bakteria.
Apakah yang Berlaku Sekiranya Tidak Mendapatkan Vaksin?
Kanak-kanak berisiko tinggi untuk mendapat penyakit berjangkit sekiranya tidak mengambil vaksin. Dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut berkaitan vaksin.
Pengguna Ubat yang Betul
Pastikan ubat diambil oleh pesakit yang betul. Walaupun menghidap penyakit yang sama, keperluan ubat adalah berbeza untuk setiap pesakit.
Tips Penggunaan Ubat yang Betul bagi Kanak-kanak
Elakkan berkongsi ubat walaupun mengalami gejala yang sama. Dos ubat adalah berbeza bagi setiap kanak-kanak bergantung kepada umur dan berat badannya.
Adik-adik
Panduan Penyimpanan Ubat di Rumah
Selepas mengambil ubat, ubat-ubatan perlu disimpan dengan betul di rumah. Simpan ubat dalam kabinet atas agar tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak kecil.
Pilihan W3C
Warna Teks
A
A
A
A
Saiz Teks
A+
A
A-