• Adik-adik digalakkan makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
• Kurangkan makan makanan yang digoreng dan manis
• Digalakkan minum air kosong 6-8 gelas sehari
Pinggan Sihat Malaysia (Konsep Suku Suku Separuh) adalah satu alat visual cara bagi adik-adik bagi merancang pengambilan makanan. Ia boleh membantu:
• Mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
• Kawal pengambilan nasi, pastikan suku sahaja (seperti segenggam tangan adik-adik)
• Pastikan adik-adik makan makanan berprotein seperti ikan, ayam dan daging
• Minum bersama air kosong
Semasa bersenam, badan adik-adik akan berpeluh, jadi minum air kosong ya bagi memastikan badan ada air secukupnya
Digalakkan minum air kosong 6-8 gelas sehari
Kepentingan minum air kosong
• Memberi tenaga kepada otot
• Mencantikkan kulit
• Menggantikan cecair badan
• Membantu fungsi usus
Makanan yang disediakan menggunakan penyepit makanan
Makanan dihidang di bawah tudung saji
Makanan yang disediakan menggunakan pembalut makanan
Makanan dimasak dalam periuk sehingga mendidih
Makanan yang disediakan tanpa memakai sarung tangan
Makanan yang telah dihinggapi lalat
Makanan yang tidak dimasak dengan betul
Makanan yang tidak ditutup
• BMI adalah singkatan kepada Body Mass Index yang mana ia merupakan satu standard dalam mengukur Indeks Jisim Tubuh seseorang individu.
• Pengetahuan dalam mengukur BMI adalah amat penting bagi anda mengetahui kategori tubuh badan anda seperti:
1. Kurang berat badan (Underweight)
2. Berat badan normal (Normal body weight)
3. Berlebihan berat badan (Overweight)
4. Obesiti (Obese)
• Cara pengukuran BMI adalah seperti di gambar rajah di sebelah
• Ilmu pengetahuan berkenaan BMI ini secara tidak langsung menjadi satu indikator bagi anda merangka intervensi pengurusan berat badan bagi memastikan anda berada dalam kategori berat badan normal.
• Label makanan memberi anda maklumat tentang kandungan produk makanan. Mengikut undang-undang kebanyakan makanan yang siap dibungkus mesti mempunyai label yang mengandungi:
1. Nama produk (Contoh : Roti)
2. Tarikh luput (Contoh : GUNA SEBELUM @ TARIKH LUPUT)
3. Bahan ramuan (Contoh : tepung, gula, serbuk penaik - disenaraikan secara menurun daripada paling banyak hingga paling sedikit
4. Nama dan alamat pengeluar (Contoh : maklumat syarikat/ kilang yang mengeluarkan/ membungkus atau mengedar makanan
5. Cara penyimpanan (Contoh : panduan untuk menyimpan makanan sebelum atau selepas dibuka
6. Maklumat pemakanan (Matlumat nutrisi makanan seperti tenaga, karbohidrat, lemak, protein, kalsium - menurun mengikut berat)
• Belilah makanan berbungkus yang berlabel
• Jangan beli atau makan makanan yang melewati tarikh luput
• Baca dengan teliti dan patuhi cara penyimpanan makanan
• Elakkan membeli makanan dengan bungkusan yang telah rosak
• Teliti senarai ramuan. Jika gula atau garam merupakan ramuan pertama, ini menunjukkan makanan tersebut tinggi kandungan gula atau garam
• Fahami dan bandingkan maklumat pemakanan sebelum membeli produk
• Pilih makanan yang rendah lemak, gula dan garam
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-