Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mental dengan penyakit mental, tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.
Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi :
• Memupuk perasaan, fikiran dan tingkah laku yang positif dalam diri sendiri
• Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya
• Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian
• Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri
• Berupaya mengawal perasaan
• Sanggup menerima kegagalan
• Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral
• Menghargai diri sendiri
• Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain
• Mampu memberi dan menerima kasih sayang
• Tahu menghargai dan mempercayai orang lain
• Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka
• Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah
• Mampu mengatasi konflik dengan bijak
• Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri
• Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian
T - Tell someone you trust about your problems (Kongsi masalah dengan orang yang dipercayai)
A - Ask for help (Minta bantuan)
L - Listen without judgement (Dengar tanpa menghukum atau menghakimi)
K - Know where to seek help (Tahu di mana untuk dapatkan bantuan)
• Lakukan aktiviti fizikal / senaman, berjalan dan beriadah
• Makan makanan sihat
• Bijak mengurus masa
• Sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan
• Lakukan aktiviti yang anda suka / minat dan bermanfaat
• Kongsi perasaan dengan orang yang dipercayai
• Elak pengambilan rokok, dadah dan alkohol
Merujuk kepada keupayaan manusia untuk hidup dan berkembang maju walaupun dalam keadaan sukar dan mencabar
Keupayaan untuk mengatasi situasi yang sukar dan meneruskan hidup dengan lebih sihat dan berjaya
Adik-adik yang resilien akan mempamerkan ciri-ciri berikut:
1. Kecekapan sosial
• Kemahiran komunikasi yang baik
• Kemahiran menyelesaikan konflik
• Kemahiran humor yang sihat
2. Kemahiran menyelesaikan masalah
• Boleh berfikir dengan lebih kreatif dan fleksibel mengenai sesuatu masalah
• Boleh merancang dan mengambil tindakan yang sesuai
3. Berautonomi
• Mempunyai identiti diri yang kuat dan percaya kepada kebolehan diri untuk membuat perubahan kepada persekitaran mereka
4. Berkeyakinan
• Percaya kepada kebolehan diri untuk mengendalikan segala cabaran hidup
Adik-adik yang resilien akan mempamerkan ciri-ciri berikut:
1. Saya ada (I have) - sokongan sosial
• Saya ada orang sekeliling yang saya percaya dan menyayangi saya tak kira apa
• Saya ada orang yang dapat menunjukkan kepada saya cara yang betul untuk melakukan sesuatu
2. Saya boleh (I can) - kemahiran menyelesaikan masalah
• Saya boleh mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi
• Saya boleh mengawal diri saya apabila saya berperasaan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik atau bahaya
3. Saya ialah (I am) - kekuatan dalaman
• Saya ialah orang yang disukai dan disayangi
• Saya ialah orang yang memastikan sesuatu itu dalam keadaan baik dan betul
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-